Sunday, February 21, 2010

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG ASAS YANG LEMAH

3. Musim perayaan melihatkan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia bagai tiada makna oleh ramai orang. Akta Bahan Letupan 1957 merupakan satu akta yang amat penting demi kesejahteraan rakyat, namun mereka mengabaikan dan membelakangkan hanya untuk keseronokan. Dimanakah nilai undang-undang di mata mereka ini? Keadaan ini juga menunjukkan undang-undang di Malaysia boleh diabaikan.

Wednesday, February 17, 2010

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN PUNCA PERTELAGAHAN DAN PERPECAHAN

2. Lihatlah pelbagai fenomena sosial dan politik yang menggunakan saluran undang-undang dan perlembagaan untuk memenuhi aspirasi sempit dan berkepentingan hanya untuk diri sendiri. Situasi ini semakin meluas dan rancak dieksploitasi. Semakin ramai anak muda Islam yang berlaku sumbang hingga sanggup membunuh bayi... budaya negatif diterima sebagai trend masa kini hingga arak dan judi dibasmi ala kadar sahaja.

Friday, February 12, 2010

RANCANGAN PENUBUHAN PARTI 1ISLAM

Salam Ukhwah fi sabilillah.

1. Peradaban ummat Islam di Malaysia amat tenat sekali. Terutama sekali penglibatan orang Islam dalam kancah undang-undang sivil yang dilihat begitu mudah dieksploitasi oleh puak mujrimun dan kafirun. Kes liwat yang melibatkan dua individu Islam hanya memperlekehkan hukum Allah, Yang Mencipta individu berkenaan.